Tuesday, January 16, 2018

Noktah

Noktah.
Ada kalanya kita perlukan noktah dalam hidup kita. Persoalannya bila kita patut letak noktah tersebut? Adakah noktah di pengakhiran atau noktah sementara?

Ini kisah aku.
Ye, aku yang mempersoalkannya. Kenapa bagaimana bila apa dimana siapa?
Aku adalah penyambung generasi perniagaan keluarga. Semua orang ingat bisnes keluarga tu hebat, senang, dah kaya, tak perlu buat apa. Hakikatnya tak seperti yang dibayangkan. Luahan aku mungkin akan menyakitkan hati orang tapi aku perlu menaip untuk menghilangkan tekanan aku. Bunyi seperti aku penting diri tapi ini kisah aku.

Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Langsung tidak diajar erti kemewahan mahupun hidup dalam kesenangan. Kedua orang tua aku merupakan ahli perniagaan. Mereka bersama-sama membina empayar perniagaan sehingga hari ini. Aku ada lima orang adik beradik dan paling bongsu merupakan tingkatan 2. Ye, aku anak sulung.

Lepas habis belajar, aku terus terjun masuk bisnes keluarga. Tapi sebenarnya aku dah start bekerja sejak umur aku 3 tahun lagi. Hidup aku macam orang biasa, masa kecil, main basikal, makan aiskrim, macam kanak-kanak lain. Di saat aku membesar, aku telah didedahkan dengan kehidupan cari rezeki bukan makan gaji. Umur 3 tahun aku dah start tunggu jiran datang depan rumah, panggil nama aku, dan mencicit aku berlari ke pagar rumah, untuk jual aiskrim yang mak aku buat. Gembira tak terkata melihat jiran datang beli banyak-banyak. Hasil jualan aiskrim, mak aku suruh simpan dalam tabung bentuk kelapa yang bank pertanian punya tu. Pernah buat kerepek ubi, jual. Pernah tolong mak aku buat bubur lambuk bulan puasa, jual kat bazar. Terlalu banyak memori manis dalam ingatan aku. Darjah satu, zaman kegawatan ekonomi Malaysia yakni juga Asia, mak ayah aku buka gerai tepi jalan jual makanan pagi. Aku tak malu, tak pernah malu. Ada seorang cikgu sekolah aku, suka nasi lemak yang mak ayah aku buat, setiap hari kirim nasi lemak dan aku jual kepada cikgu tu. Setiap pagi bawa nasi lemak untuk cikgu, hasil jualan, simpan tabung juga. Aku juga bawak bekal hari-hari. Duit belanja sekolah ada, tapi biasa la balik sekolah mesti pergi kedai belakang. Tapi walaupun masa tu dikira susah, aku tetap dapat basikal, jam tangan, teddy bear macam kanak-kanak lain. Setiap kali aku dapat keputusan cemerlang mesti aku dapat hadiah. Sebab itu, sampai hari ini aku suka tambah ilmu, supaya aku pandai semua benda, dan mak ayah aku akan bangga dengan aku.

Aku start kerja sebagai jurujual masa umur aku darjah 4, jual tshirt Tganu kat pasar kraf depan pejabat pos besar Kuala Terengganu setiap sabtu. Aku tak pernah malu dan aku bangga. Orang lain waktu cuti sabtu, pergi holiday sana sini, aku holiday juga, tapi musim cuti sekolah dah cukup. Aku dari kecil selalu je teroka negeri lain sebab bisnes mak ayah aku ni jenis buat promosi luar. Dari situ la aku belajar tentang budaya dan tempat orang. Sekarang, campak lah aku kemana pun, aku boleh survive. Masa aku sekolah menengah, aku sekolah asrama, aku boleh kira dengan jari berapa kali mak ayah aku datang melawat setahun. Aku pernah dapat kad hari jadi, mak aku pos. Sampai hari ini, kalau aku buka kad tu, aku akan terus menangis. Mungkin mak ayah aku pun dah lupa mereka pernah pos kad pada aku. Dalam kad tu ada tulis “Along belajar elok-elok, mama dan abah harap along faham keadaan kita, mama dan abah sayang along”. Dan itulah kata kata semangat aku selama ni. Aku jarang dapat bercakap dari hati ke hati dengan mak ayah aku. Mungkin kerana aku ego. Aku susah nak tanya khabar mereka masa aku belajar, aku jarang mesej mereka, tapi dalam hati aku, aku memang nak sangat tanya, nak sangat hari hari call, tapi aku sibukkan diri dengan benda lain.

Aku kerja sepenuh masa lepas SPM sama macam pekerja lain, duit gaji aku buat bayar lesen. 3 bulan aku tak dapat gaji penuh, aku dapat elaun 100 sebulan untuk beli keperluan. Masa makan mak aku masakkan, so aku bawa bekal pergi kerja. Masa diploma memang aku 100% berdikari. Aku diberikan sebuah kereta kancil untuk aku guna sepanjang aku belajar. Walaupun diploma rumah aku memang sangat dekat, tapi aku masih duduk asrama dan rumah sewa dengan kawan-kawan. Masa hujung minggu atau lepas kelas, aku akan ke kedai mak aku untuk tengok perjalanan bisnes. Masa cuti semester, aku akan masuk kerja. Aku jenis panas baran, arah pekerja, marah-marah sebab tak ikut apa sepatutnya kerja yang patut dibuat. Aku bukan marah sengaja, aku marah supaya mak aku tak pening nak urus pekerja. Masuk ijazah pula, aku di Selangor. Tiap kali aku balik Terengganu, mesti aku akan masuk kedai juga. Aku start temuduga pekerja masa umur aku 18 tahun. Macam muda lagi kan, tapi pengalaman aku yang mahal.

Lepas ijazah, aku masuk bisnes sepenuhnya. Aku study akaun dari sekolah menengah sampai ijazah. Habis ijazah, dapat offer kerja lain, tapi aku tak minat makan gaji. Aku habis 15 Januari 2016, terus masuk pejabat, terus hadap macam-macam agensi yang memang ganas. Tak perlu aku senaraikan, cukup la sekadar apa yang ada kat UTC tu, itu lah yang aku hadap. Tarik tali, give and take itu konsep aku. Masa tu juga, bisnes aku start berkembang drastic gila. Pada umur 24 tahun, aku pemegang saham syarikat dengan jumlah liabiliti sebanyak 2.78 juta. Ada wisma, ada kereta banyak, ada rumah besar. Tapi bisnes makin besar bukan tanda ia stabil.

Hari ini, aku nak salahkan ekonomi macam sia-sia, masing-masing boleh rasa apa yang berlaku hari ini. Jangan salahkan ekonomi, salahkan diri kita sebab orang yang tak datang beli di kedai kita. Kalau ekonomi masalah, kenapa ada yang tambah kaya? Ada yang baru naik terus kaya. Hasil pemerhatian aku, kenapa bisnes hari ni makin banyak dibuka sedangkan ekonomi dan kuasa beli semakin turun adalah orang buka buka bisnes tu adalah bekas pekerja makan gaji yang diberhentikan secara rela atau paksarela. So mereka akan dapat pampasan atas masalah itu. Berapa banyak bank yang tutup cawangan, berapa banyak kilang shut down, berapa banyak kedai tutup? Cuba bayangkan berapa kadar pengganguran negara kita hari ini? So, mereka tiada gaji tetap dan mula masuk dunia bisnes. Bila semua masuk bisnes, bayangkan siapa pembelinya? Yang hebatnya, bila mereka masuk bisnes, mereka lebih pandai dari segi pengurusan bisnes dan dunia teknologi. Bayangkan apa nasib bisnes yang beroperasi secara manual hari ni? Berapa banyak bisnes online yang berlaku hari ini? Bisnes lejen bayar banyak benda dari segi cukai, lesen niaga, gaji pekerja, socso, kwsp, pcb dan macam-macam lagi. Bisnes newbies pula? Online? Boleh ke kerajaan trace semua dropship dan seangkatannya? Penjawat awam juga berkurangan, sebab sekarang semua guna teknologi, tapi compatible ke dengan keadaan hari ini. Takziah terlebih dahulu kepada bisnes lejen kerana kami rabun teknologi.
Ok, pemerhatian aku untuk bisnes uber dan grab. Setahu aku, uber dan grab ni untuk orang yang punya kenderaan, dan memang dah ada kerja, nak pergi kerja, guna satu kereta seorang bunyi macam pembaziran petrol disitu kan? So, wujudlah uber dan grab. Pernah tak anda bayang apa nasib pemandu teksi? Ye, mereka tua dan tidak hensem tapi mereka cari rezeki sepenuhnya guna teksi mereka. Dan apa kaitnya aku dalam soal ni? Aku pemikir, tu je jawapannya. Btw, aku tak pernah naik grab atau uber. Tak reti. See bisnes lejen? Itu kelemahannya. Sekarang uber dan grab jadi satu pekerjaan tetap sama macam teksi cuma versi pemandu muda dan hensem. Not fair! Apa guna buat MRT dan rapid? Orang sibuk duk beli kereta, kerajaan suruh guna perkhidmatan awam. So, kita ni nak apa sebenarnya?

Aku pergi kelas pengurusan bisnes, kata sifu, kita kena ikut perkembangan dunia semasa. Ok ini kisah aku. Aku cuba nak ikut perkembangan semasa. Penggunaan fb ads, Instagram dan seangkatannya, aku sapu semua, aku belajar, aku buat. Tapi ia jadi satu salah faham sebab bisnes lejen. So semua niat akan tergendala dan masa akan tinggal aku. Aku slow kan step aku, slow-slow masukkan motif aku dalam bisnes lejen. Tak mudah ok. Kami banyak kepala. Aku cemburu pada mereka yang buat bisnes ikut rentak mereka sendiri. Kawan kawan aku boleh buka bisnes, senyum dan gembira dengan kerja mereka. Bab masalah kita tolak tepi. Yang penting, makin naik naik naik. Aku penyambung empayar bisnes, tugas aku bukan mudah, aku kena pastikan empayar kami terus bertahan dan berkembang. Buat masa ini, aku pertahankan dahulu. Untuk berkembang aku perlukan booster yang power dahulu. Keadaan tak sama dengan dulu. 21 tahun dahulu bisnes nilai 5k sekarang bisnes nilai 5juta. Ingat mudah? Nak buat keputusan kena tunggu keputusan ramai supaya setiap pelaburan tidak disalahgunakan. Aku bersyukur ramai bagi support. Terima kasih. 

Minggu lepas aku sangat depress, aku boleh bayang cemana iqramdizzle boleh depress. Aku mengamuk menangis menjerit dalam kereta for 3 days. Aku buat family aku terasa, sampai hari ni, aku masih belum buat mak aku tenang. Aku sedih dan kecewa sebab aku rasa sangat useless tak boleh perform the best untuk pertahankan bisnes mak ayah aku. Aku terlampau sedih sebab aku kecewa kan mereka dengan ego aku. Dan mak aku decide untuk letak noktah sementara pada bisnes dia. Aku sebagai anak rasa sangat bersalah sebab mak aku terpaksa padam suatu perkara terindah dalam kamus hidup dia. Satu persatu asset peribadi dia lepaskan demi pertahankan sebuah empayar bisnes untuk anak-anak dia, dan anak-anak masih bersenang lenang seolah tiada nasi pun tidak mengapa. Aku tahu mak aku dah penat, tapi nak letakkan noktah bukan mudah seolah-olah ia baru ayat pertama dalam perenggan pertama. Terlalu jauh lagi untuk penghabisan, tapi kami dah penat, mahu hidup tenang dan mencari redha Illahi. Aku redha sekiranya keputusan mak aku buat demi harga sebuah keluarga dan kasih Allah, aku noktahkan dahulu untuk ayat pertama. Kemudian, susun atur kembali strategi untuk ayat kedua supaya nasib keluarga dan pekerja masih terbela kerana perjalanan aku masih jauh. Kuatkan diri, tebalkan amalan, lebihkan pemberian, rendahkan diri, buangkan ego. Aku bukan mengalah, aku cuma duduk sebentar, kembali bangkit dan terbang. Aku tak pernah menyesal dan kecewa dengan apa yang diaturkan oleh mak aku untuk perjalanan hidup aku hingga hari ini. Aku bangga dengan mak aku kerana wujudnya aku hari ini kerana mama dan abah. Aku bangga dengan mama abah kerana wujudnya aku yang berjaya hari ini. 

Mama, Abah, Akmal, Umar, Nazirul dan Ain, Along minta maaf kerana banyak buat keluarga terasa. InshaAllah, kami anak-anak akan sentiasa bangkit bersama dan sokong segala apa keputusan mama abah untuk kami. May Allah bless our path. May Allah bless our legacy. Biiznillah. 

Tuesday, September 20, 2016

-Hmm.Dah.Dekat.Nak.Buat.Apa-

Assalamualaikum.
selamat tengahari
dan
apa aku patut buat ni?
sebulan dua bulan
adeii
doakan yg terbaik guys.
hahahahaha
bab kata staff aku, x nmpak mcm nak kawin pun.
hahaha
k bye

Saturday, August 6, 2016

-Terasa.Nak.Menaip-

Assalamualaikum
Waalaikummussalammm.
hahaha
biasa la khalifah ni bila menaip waktu mcm ni
maknanya dia tgh byk berfikir
yes
mmg byk pn benda aku tgh pkir
mcm mcm
smpai kdg kdg terbawa smpai ke dlm mimpi
pastu rasa nak cepat2 bgun
sbb mimpi jenis rare cenggini kalau boleh x nak hadap
hahahaha
tahun 2016...
lepas habis je final paper, start real life pulak
aku start balik ganu je, hadap kastam
isu kokanun
dlm pada masa yg sama lembaga lembaga ngeri dtg
hadap satu2
telan telan luah balik
pastu dtg pulak peguam2
dlm pada masa yg sama dtg juga yg konon nk membantu
but smpai skrg, bayang pun tade
btw ada good news juga
bangunan dh dpt
dh boleh beroperasi bulan 6
hotel bulan 7 dh beroperasi
alhamdulillah
hari tu, masa sibuk2 nak pindah kedai
dtg lah seorg hamba Allah ni
nak sewa bangunan yg seem noor sewa dulu
dia dtg sbb mama offer besi penutup kedai kat blkg
then mamat ni dtg test la besi tu
dia ckp dia tamau sbb besi tu kosong, senang je org nk pecah masuk
ok2 fine
so aku ok je
pastu dia start ckp berlagak
aku ni jenis x leh kalah
aku lawan
dia ckp knp x hired consultant
sng sikit urusan pindah2
ni nak pindah esok lusa baru start mengemas
dia siap ckp, TAK AKAN SEMPAT KOSONGKAN KEDAI DALAM MASA DUA HARI
perghhh panas otak aku
sbb kami kena keluar last 31 Mei
then aku ckp kat mama
mama ckp, SEMPAT
aku bls balik kat dia, bila nak beroperasi encik?
sempat ke renovate bulan puasa??
dan kau tahu?
sampai hari ni duk renovate sana sini, x leh beroperasi langsung
dia siap ckp dia ada consultant boleh setel cepat
in the end, kakakakakaka je la
dia siap ckp seem noor old style
 x de idea moden kan kedai
ala kau buat kedai printing, mesti la nak modern2
batik ni tradisional la sengal selengaaaa
last2 aku bengang, 
aku ckp dgn penuh sinis sambil menahan marah
"x pela encik, old style pun old style la, asalkan byr bangunan, jd hak milik, penat ah sewa je kan?"
DIAM dia, siap ckp balik dulu, wish the best for me and for seem noor.
tq encik kedai printing yg take over tapak seem noor 15 tahun tu.
i wish u all the best tu, lagak tu simpan
kita meniaga biar humble
tp kekadang nak hadap manusia gini, humble letak belakang
lawan dulu guna ilmu yg ada
haaaaaa
kalau nak kalah dah, tukar topic
yedak?
hahahaha
ok setel pasal tu

dlm kesibukan menguruskan syarikat
hari result smpai
bammmm failed for FAR600.
sebulan duduk tak tenang
supp paper la jwbnyaaaa
fuhhhh
supp pn bkn main supp
soklan puiiii susah nak mati jugak
byr RM100
masuk exam, tulissss
tunggu result keluar dlm seminggu
dlm seminggu tu, mohon doa byk2, jgn bg uitm call
uitm call tanda kau gagal lagi, EXTEND
bammmm
alhamdulillah TM(completed)
boleh kawin yeahhh
tipu

ok setel yg tu, hadap pulak peguam
sign sana sini
cop jari sana sini
g bank sana sini
discusss sana sini
jmpa pegawai bank
bincang2
tup tap tup tap

tadaaaaa WISMA SEEM NOOR
HOTEL SEEM NOOR
SEEM NOOR BATEK

hutang toksah tolong fikir, biar kami kami je
tgh kejar sana sini jualan
kena kejar lagi la
everyday bank called
fuhhh nanya
mmg perit la bg aku
aku ckp ngn mama
dulu masa mama umur gini pun mama struggle byk mana
so aku trima je masalah gini
cuma status mama dulu dgn aku akmal
beza wooo
kami dh mcm bos bos
ramai staff kena handle
sorg2 plak jenis cepat terasa
x leh salah ckp
hmmmmphhh

pastu skrg tgh ada jualan kat ECM kuantan
sales droppppp
mana tak susah hati aku
kalau boleh nak la jgk seribu lebih sehari
ni dua tiga ratss shari
oh sadissss
ekonomi teruk gilosss
hotel ada la sorg dua yg check in
muka stress je
tgok cermin rasa x de mood
sbb muka nmpak tua
waaaaaa
td call semua spy
tny staff aku buat keje x?
ke duk saje main fon?
spy ckp, dorg buat keje
cuma lane tu x de org lalu
hmmm
penin
target 20 ribu kot
x lepas
sedihnyaaaaaaa
susah hati

mama abah dpt g haji tahun ni
sbb tu aku agak resah gelisah
tkot x smpat handle
tgn plak dua je
inshaAllah boleh
jgn mengalahhhh
aminnn

Jap, meh aku share gmbar

Gambar first warga kerja seem noor
Selama 20 tahun penubuhan, ni kali pertama. 
Sadiss lagi 

dah malas menaip
k la ngntuk da
bye


k/h.

Monday, January 4, 2016

-Belenggu.Kesedihan.Luar.Biasa-

Assalamualaikum
Selamat pagi gais.
Entah kenapa tetiba aku rasa nak menaip
Maybe aku tengah sedih kot
So emotional la sikit
Tak tahu nak share kat sape
Tak tahu nak share ngn sape
Sbb kdg2 bukan dgn semua org kita boleh share
Takut jugak org dh bosan, mua dgn kisah kita
Kan?
Aku tgh in final exam mood sbnrnya ni
Sempat pulak nak menaip
Sokey, jam pun dah 1:00 am
Bukan masa utk aku study pun
Anyway, dh lepas 3 paper
First paper, aku x yakin sgt sbnrnya
Takut dan cuak juga
Second paper, aku rasa rilex sikit
Tp lepas jwb, tetiba dpt carrymark, dan x begitu memberangsangkan
Alahai
Sokey, tabah Khalifah!
Hari ni, third paper
Paper main2
Tapi bersungguh jugak aku jawab
Sbb paper ni je harapan dunia nak maintain pointer
Kehkehkehkeh
Ok, the coming three more papers sangat lah KILLER subjek nya
Papers yg menguji siapa pelajar akaun sbnrnya
Takut tu sentiasa tersorok di hati kecil ni
Cuak sbb failure rate tinggi
Hohohoho
X pe, kita skip dulu psl exam
Papepun, pray the best for me
Insha Allah, Aaminnn dan tawakkal
Kenapa aku sedih?
Entah la
Aku pun x faham dgn hati aku
Kejap kental
Kejap lembik
Kejap separuh2
Time kental, mmg sado la kau
Time lembik, aku rasa sakit dan mcm ada something tersekat kat hati
Tak boleh nak keluar
Last2 sebak, nangis dan lap
SEBAB?
Aku sendiri x pasti
Maybe after salah faham dgn kimi skit kot hari tu
Buat aku rasa tak ada hati sekejap
Kosong hilang
Eh, tapi skrg dh ada balik la hati nya
Jenis aku, mls nk panjangkan
Kalau nak panjangkan, simpan sesorg je la
Dan jangan ungkit balik. Kot ?
Pastu tetiba aku rasa rindu semua kekucing aku
Semua dh arwah
Maybe sbb time study, aku slalu scroll gmbr kucing kot
Dh mmg tu je aku follow
Dh mmg minat aku pd binatang berbulu
Sebab tu aku sedih kot
Aku fikir, nnti aku balik rumah, x de kucing nak buat teman bercakap
Luah perasaan
Luah kepenatan
Ok, balik nanti mintak kucing la dgn sesape pun
X pun, bela kekura atau ikan guppy ke
Hahaha menarik sangat
Tapi aku rasa ada satu sebab yang sgt besar yg buat aku sentiasa sedih
Bila aku teringat pasal family aku kat rumah
Eh, ni bukan pasal homesick ye
Ni pasal ma abah aku
Skrg tgh berhempas pulas cari duit utk beli bangunan
Dengan ekonomi skrg yg menunggu masa utk mengulang sejarah kegawatan ekonomi
Dengan masyarakat yg tgh cut cost skrg
Aku jadi sebak sndri
Setiap kali aku call parents aku ckp nk exam, tolong doakan
Diorg akan ckp ..
“mama abah otw balik tganu ni, dh habis jualan johor”
“mama ngn akmal otw ke kl ni, ad jualan medan mara KL”
“mama ada kat kota bharu ni”
“abah baru balik dr Melaka ni, jualan Melaka dh habis”
Korg paham tak apa perasaan aku ?
Aku rasa mcm useless
Family aku tgh sebok cari rezeki, aku tgh duk golek2 tidur smbil duk fikir takut dgn exam
Exam?
Dari aku lepas skolah, aku x prnh btol2 tolong ma abah
Asyik2, cuti skejap, then masuk belajar balik
Kalau fikir, byk nya alasan aku
L
Aku positif kan diri aku yg sememangnya negative secara semulajadi ni
Dgn set mind
“ Khalifah, sikit je lagi, nak habis dh degree, pasni kau keje la”
“ Khalifah, focus exam ni, jgn sangkut, nnti susahkan ramai org”
“ Khalifah, mama tunggu kau habis je ni, x pe result biasa2 je, asal lulus”
Dan begitulah seterusnya
Nampak tak aku pentingkan diri ?
Sebab tu la aku rasa sedih je selalu
Tapi cover skit dgn cerita2 bodoh skit
Hahaha
Pastu sebok duk scroll ig, fb hari hari wei
Gelak tengok video
Tengok gambar mknn
Pastu terasa nak mkn, aku start kete gi beli
Oh ye
Tetiba teringat
Hari tu, ma ajak makan kat bangi, lepas aku hantar railing
Dia nmpak subway
Dia ckp eh ada kedai makan ni
Aku pun ckp “ni kedai sandwich ma, ma nk mkn ke?”
Sbb aku tahu ma x suka mkn benda yg instant dan menggemukkan lagi mahal
Aku ckp baik ma cri kedai makan yg ma boleh mkn
Aku x jadi teman mama mkn
Aku drive balik palam
Tgh drive aku nangis
Sbb?
Sbb aku dh bbrpa kali duk baham subway
Tapi bila time mama tny, aku ckp x yah
Ya Allah, teruknya aku
Pdhal duit yg aku guna utk mkn tu, duit mama
Mama slalu ckp aku suka membazir beli mknn mahal
Ok sebak!
Sbb aku teringat kalau aku g  mkn ngn mama, mmg jarang g kedai mahal
Kita org akan cri kedai biasa2, dan tahu akan kenyang
Apa yg membutakan aku sbnrnya ni?
Knp aku x sedar diri haa?
Berlagak nya aku
L
Teringat bila abah ckp
“ first time abah mkn aiskrim ada biskut oreo kat dlm, time kat China, kat Malaysia ada ke?”
Sedihnya! Sbb tu hanya mc flurry wei.
Aku dh muak dgn mc flurry, tp abah excited citer kat kita org time tu
Sedihnya
Sombongnya kita generasi muda ni
L
Walaupun family aku selalu je g ikea, tp x prnh mkn kat situ
Alasan mama, sbb mahal la
Adik2 ramai dan kuat mkn
Sedangkan aku ?
Selalu berjimba mkn2 dgn kwn2 di Ikea
Sedih lagi
Hurmmm
Dhtiba masa untuk sedar Khalifah
Ingt diri tu siapa
Ingat asal usul tu dr mana
Jangan berlagak
Jangan riak
Jangan sombong
Ok la.
Nak masuk pukul 2 pagi dh
Lusa paper pulak
Yang sedih, K.H.
Assalamualaikum

Nite gais.
Instagram

aku dan blog

Daisypath Friendship tickers

oppss!

Daisypath Anniversary tickers

linkie ♥

ikut.ikut